Dalam mengurus kewangan dan merancang perbelanjaan khususnya untuk diri sendiri mahupun keluarga bukanlah sesuatu yang sukar untuk kita adaptasikan prinsip kewangan dalam kehidupan seharian. Namun masih ada juga malas mengadaptasikannya. Nak tahu konsep asas dalam mengurus dan mengawal kewangan? Jom Baca 5 tips urus Duit dalam Kehidupan kita!
TIPS 1: TENTUKAN MATLAMAT KEWANGAN ANDA
Dalam konteks mengurus kewangan, kita harus tahu akan matlamat kewangan kita dan kemana ia hendak digunakan. Contohnya, mungkin ada antara kita yang mahu
1) sambung belajar
2) membeli rumah
3) berkahwin
4) berbulan madu
5) perbelanjaan rumahtangga
6) pendidikan anak-anak
7) mengerjakan ibadat haji
8) perbelanjaan waktu persaraan
Jelasnya disini, ialah kita telah nampak matlamat kewangan kita nak buat apa dengan duit. Bila sudah tahu matlamat, dah tentu kewangan lebih teratur dan terancang. Seterusnya, kita juga perlu tahu jangka masa untuk kita capai matlamat kita. Sama ada jangka pendek, panjang atau sederhana. Contohnya mahu mengerjakan ibadat haji untuk 3 tahun akan datang. Jadi, kita harus lakukan simpanan yang lebih dalam akaun tabung Haji demi untuk capai matlamat kewangan.
TIPS 2: MENGAWASI TABIAT BERBELANJA
Inilah masanya untuk kita pantau dan awasi tabiat belanja kita. Yang penting kita perlu semak semula kemana perbelanjaan kita habiskan dan belanjakan. Adakan ia akan cenderung ke arah keperluan atau kehendak semata-mata. Jika ia berdasarkan kehendak, ia akan menyebabkan kita gagal menyimpan, Tabiat ini harus segera diubah!
TIPS 3: MENULIS RANCANGAN ATAU PELAN PERBELANJAAN
Ramai yang telah tahu akan konsep ini tapi masih ramai juga yang malas mengamalkannya. Ramai yang dapat saja duit gaji, perkara pertama yang dibuat ialah membayar hutang! Kemudian, nampak saja duit, terus berbelanja sepuas-puasnya sampai lupa untuk menyimpan. Bagi mengelak perkara ini, sepatutnya kita perlu tulis dan rancang perbelanjaan. Bila saja kita terima gaji atau pendapatan bulanan, kita perlu menulis kemana ia dibelanjakan. Jadi bila tahu akan perjalanan perbelanjaan sudah tentu kita tahu arah tuju wang dibelanjakan.
TIPS 4: MENYIMPAN TERLEBIH DAHULU SEBELUM BERBELANJA
Maksudnya ialah setiap kali dapat gaji bulanan, perkara pertama yang diutamakan ialah buat simpanan dulu, kemudian baru bayar hutang. Tapi malangnya, banyak daripada kita, terima saja duit gaji, terus guna untuk bayar hutang! Tapi bila mahu buat simpanan pula, dikecualikan! Simpanan akan dilakukan apabila ada duit lebihan. Ini salah sebenarnya.
TIPS 5: PERBELANJAAN ISI RUMAH
Beli secara borong! Contohnya kalau biasa belanja RM4 sehari untuk snek dan air bersamaan RM80 sebulan. Belian borong mungkin bernilai RM30 sahaja. Rancang perbelanjaan anda. Beli barang di hypermarket yang menawarkan harga lebih rendah bila beli dalam kuantiti yang banyak. Buat perbandingan harga.
bagaimana nak urus duitcara nak urus duit gajicara urus duitdoorgiftdoorgift 2015doorgift kahwindoorgift murahsimpan duittipstips simpan duittips urus duiturus duiturus duit dengan bijak